WhatsApp Web Kini Memudahkan Anda Muat-Turun Sticker Baharu
December 3, 2021
Aplikasi
Aman
WhatsApp kini telah mengemaskini penawaran WhatsApp Web dan juga WhatsApp Desktop, sekaligus memudahkan pengguna untuk memuat-turun Sticker yang diminati dengan mudah melalui Sticker Store.
Sebelum ini, Sticker Store hanya terhad untuk pengguna di peranti mudah-alih sahaja, dan sukar untuk pengguna WhatsApp Web dan Desktop yang aktif gunakan Sticker.

Dengan pengenalan ciri baharu ini, pengguna WhatsApp di komputer boleh dengan mudah menambah koleksi Sticker mereka, dan menggunakannya dalam komunikasi.
Ciri baharu ini telah diperkenalkan pada WhatsApp Beta, dan dijangka diperluaskan kepada semua tidak lama lagi.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.