Valve Memperlihatkan Rekaan Kotak Dan Rangka Penyimpanan Untuk Konsol Steam Deck

Diterbitkan pada Dis 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Konsol permainan Steam Deck keluaran Valve yang sepatutnya dilancarkan pada penghujung bulan ini akan ditunda sehingga bulan Februari tahun hadapan. Akan tetapi, Valve dilihat sudahpun memulakan proses pengeluaran akhir mereka, dan ini termasuklah memperlihatkan bentuk rekaan kotak konsol tersebut.

Apabila pembeli menerima Steam Deck mereka, ia akan dimuatkan dalam sebuah kotak kadbod berwarna coklat yang biasa, dimana Valve mengatakan ia akan hadir dengan cetakan istimewa yang belum disahkan lagi. Didalam kotak tersebut, sebuah rangka penyimpanan berwarna hitam akan melindungi konsol yang terkandung didalamnya.

Selain daripada itu, pengguna juga akan menerima kabel pengecasan Type-C dan mungkin juga kepala pengecasan untuk konsol tersebut.

Valve mengatakan bahawa kotak luaran dan dalaman Steam Deck ini sudahpun sedikit sebanyak hadir dalam fasa terakhir rekaannya, dengan hanya perubahan kecil akan diperlihatkan apabila konsol ini dilancarkan kelak.

Sumber: Valve

komen


© Amanz / 2022 Kami