Pengeluar Kenderaan Boleh Menganalisa Aktiviti Kenderaan Mereka Dengan AWS IoT FleetWise

Diterbitkan pada Dis 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Banyak pengeluar kenderaan kini bersaing mengeluarkan kenderaan berteknologi tinggi, akan tetapi mungkin terdapat kekurangan dari segi pengutipan data secara berpusat, mahupun analisa bagi tujuan kecerdasan buatan. AWS IoT FleetWise hadir untuk menyelesaikan masalah ini.

Pengeluar kereta kini boleh menggunakan AWS IoT FleetWise bagi mengintegrasikan sensor dan modul sedia ada pada kenderaan mereka, bagi mengutip data dan melakukan analisa. Analisa seperti keadaan cuaca, corak pemanduan, keadaan jalan raya dan pelbagai lagi akan dihantar ke pangkalan data Amazon, kemudian diberikan semula kepada pengeluar.

Perkara seperti ini dapat membantu pengeluar dalam menambah baik kenderaan mereka, disamping mengetahui masalah-masalah yang mungkin timbul. Malah, ia juga boleh digunakan sebagai latihan untuk pembelajaran mesin dalam proses swapandu, sekiranya pengeluar menyediakan data kamera untuk digunakan AWS IoT FleetWise.

Pengeluar kenderaan dipelawa untuk mencuba AWS IoT FleetWise bermula hari ini dan sama seperti struktur bayaran perkhidmatan AWS yang lain, perkhidmatan AWS IoT FleetWise ini bermula USD 0.60 sebulan untuk satu unit kenderaan. 

komen


© Amanz / 2022 Kami