Oppo Menjadualkan Pengenalan Peranti Mercu Baru Pada 15 Disember – Telefon Boleh-Lipat?

Diterbitkan pada Dis 3, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo kini telah menjadualkan acara Oppo Inno Day pada 14 dan 15 Disember 2021. Menariknya, pada jadual acara berkenaan, Oppo melabelkan 15 Disember 2021 untuk pengenalan sebuah peranti mercu baharu.

Untuk makluman, mengikut pelbagai desas-desus, Oppo diperkatakan bakal hadir dengan sebuah telefon pintar baharu dengan skrin boleh-lipat sebelum penghujung tahun 2021 ini – dan tarikh berkenaan dilihat menepatinya.

Berkemungkinan besar, kita akan melihat Oppo memperlihatkan pelbagai inovasi dan teknologi baharu pada 14 Disember kelak, dan seterusnya memperkenalkan telefon boleh-lipat mereka pada 15 Disember 2021.

Sama-sama kita nantikan pertengahan bulan ini untuk melihat kejutan daripada Oppo.

komen


© Amanz / 2022 Kami