Apple Menghasilkan Prototaip AirPods Lutsinar Tetapi Tidak Pernah Dijual

Diterbitkan pada Dis 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Nothing mendapat perhatian ramai tahun ini dengan TWS Ear (1) mereka yang mempunyai rekaan tubuh lutsinar. Ia menjadikannya antara produk audio paling unik di pasaran cuma hanya beberapa hari yang lalu mereka menawarkannya pula dalam warna hitam. Tetapi ramai mungkin tidak menyedari, Apple pernah menghasillan produk yang serupa cuma ia tidak pernah dijual.

Menurut ciapan Giulio Zompetti yang merupakan pengumpul produk prototaip Apple, prototaip AirPods lutsinar pernah dihasilkan tetapi tidak ditawarkan kepada pengguna. Berdasarkan imej yang dikongsi beliau, AirPods generasi pertama ini mempunyai bahagian tangkai lutsinar dengan warna putih hanya digunakan apda bahagia putik audio. Harus diakui AirPods lutsinar ini nampak bergaya seperti tubuh iMac G3.

komen


© Amanz / 2022 Kami