IKEA Kini Menawarkan Pengecas Nirwayar Mudah Alih

Diterbitkan pada Dis 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

IKEA adalah antara pengeluar perabot terawal menawarkan pengecas nirwayar terbina pada produk keluaran mereka ketika ramai pengeluar peranti masih enggan menyokongnya. Dengan pengecasan nirwatar kini menjadi ciri standard pada telefon pintar mercu, pilihan pengecas nirwayar di pasaran juga meningkat. Kini IKEA telah menlancarkan pula sebuah pengecas nirwayar mudah alih.

Pengecas IKEA NORDMÄRKE terkini menyokong format standard pengecasan Qi dengan pad pengecas diperbuat daripada bahan fabrik. Ia boleh mengecas satu peranti pada satu-satu masa dan hadir dengan bateri sebesar 6500 mAh. Terdapat port pengecasan USB-C terbina pada sisi tetapi kabel pengecas tidak disertakan dengan pembelian. Produk ini belum diumumkan secara rasmi tetapi telah mula dijual di Jerman pada harga 19.99 (~RM95) sebuah.

(Sumber Mobiflip)

komen


© Amanz / 2022 Kami