Apple AirTag Kini Digunakan Untuk Mencuri Kereta Mewah

Diterbitkan pada Dis 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

AirTag dilancarkan oleh Apple untuk memudahkan pengguna menjejak barangan yang dimiliki. Sejak itu muncul beberapa isu melibatkan privasi seperti ia dikhuatiri digunakan oleh menjejak lokasi individu tanpa disedari. Kini di Kanada, polis bandar York memberikan amaran kepada orang ramai supaya berhati-hati kerana peningkatan kes curi kereta mewah menggunakan AirTag.

AirTag disorokkan pada tubuh kereta yang menjadi sasaran pencuri. Pencuri kemudian menjejak lokasi kereta ke rumah atau kawasan terbuka seperti parkir pusat membeli belah yang memudahkan ia kemudiannya dicuri. Sejak September 2021, lima kes menggunakan modus operandi ini dilaporkan berlaku di York, sebuah bandar di Ontario.

Orang ramai dinasihatkan sering memeriksa kenderaan untuk mencari AirTag yang mungkin disorokkan pada bahagian bampar dan tempat mengisi minyak untuk mengelakkan diri mereka menjadi sasaran kumpulan pencuri.

komen


© Amanz / 2022 Kami