Cari @ Amanz

Ciri Listening Control mula diberikan sebagai ujian kepada pengguna YouTube Premium pertengahan tahun ini. Dengan ciri ini, pengguna boleh mengawal kandungan yang disiarkan pada televisyen pintar menggunakan ciri Cast. Selepas diuji ia kini diberikan kepada kesemua pelanggan Premium yang menggunakan aplikasi Android dan iOS.

Apabila kandungan disiarkan pada televisyen pintar, butang Listening Control dapat diakses menerusi menu tiga titik dalam aplikasi. Jika ditekan terdapat pilihan tambahan menjeda, melangkau ke video seterusnya, melangkau video 10 saat depan atau ke belakang, kawalan kelajuan video, Like, sari kata dan menyimpan video akan dipaparkan dalam saiz yang lebih besar. Untuk menggunakan ciri ini sila kemas kini aplikasi YouTube pada telefon pintar terlebih dahulu.

Kepada bukan pengguna Premium pula, anda boleh menggunakan ciri menggunakan telefon pintar sebagai alat kawalan jauh apabila menggunakan ciri Cast. Tekan ikon Cast selepas kandungan disiarkan pada skrin televisyen pintar dan kemudian tekan pula butang Remote pada skrin. YouTube kini boleh dikawal menggunakan telefon tanpa menggunakan alat kawalan jauh televisyen. Ciri ini turut sebelum ini diberikan kepada sebilangan pengguna YouTube tetapi kini diaktifkan untuk semua.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd