Vivo Membuka Kedai Utama Di Pavilion, KL – Pusat Sehenti Untuk Semua Berkaitan Vivo

Diterbitkan pada Dis 4, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak PKP berakhir, pelbagai jenama agak aktif dalam melakukan promosi, dan membuka kedai fizikal satu demi satu. Terbaru, hari ini Vivo telah membuka kedai mercu pertama mereka di Pavilion Kuala Lumpur.

Melalui kedai Vivo ini, pengguna boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan baik-pulih, dan servis untuk peranti yang dibeli. Pada masa yang sama, pengguna turut boleh mendapatkan pelbagai produk Vivo dengan mudah pada lokasi setempat – selain berpeluang mencubanya.

Bagi anda yang berada sekitar Kuala Lumpur, boleh mengunjungi kedai mercu Vivo ini di Pavilion Kuala Lumpur.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami