Girls In Tech merupakan salah satu pertubuhan yang didedikasikan dalam mengatasi jurang jantina dalam dunia teknologi dan IT. Sedia mempunyai lebih 60,000 ahli di seluruh dunia, kini Girls In Tech edisi Kuala Lumpur akan dilancarkan secara rasminya pada 8 Disember 2021 ini.

Selari dengannya, sebuah acara atas-talian akan diadakan, dan akan turut membincangkan beberapa perkara bersempena dengan pelancaran berkenaan, termasuk sebuah panel khas yang membincangkan pengalaman dalam dunia teknologi sebagai wanita.
Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar menyertai pelancaran dan acara khas ini secara percuma hari ini, dan meraikannya pada 8 Disember 2021 ini.
- Daftar : Girls In Tech Kuala Lumpur