Carian
Google Photos Memperluaskan Ciri “Locked Folder” Kepada Pengguna Peranti Android Selain Pixel
December 5, 2021 Aman

Google kini telah mula memperkenalkan ciri Locked Photos pada Google Photos untuk lebih banyak peranti Android. Ciri yang dihadkan kepada peranti Pixel sebelum ini, turut telah diterima pada peranti Samsung yang digunakan kami pada hari ini.

Locked Photos membolehkan pengguna untuk menyimpan sejumlah gambar dan video pada satu folder khas, bersama-sama kata laluan untuk membukanya.

Untuk makluman, gambar yang disimpan pada Locked Folder ini tidak akan dibuat salinan pendua ke storan awanan, dan ia juga akan dipadam secara automatik apabila anda nyah-pasang Google Photos, atau berpindah peranti.

Bagi anda yang menggunakan telefon Android, boleh menyemak sama ada telah menerima ciri ini atau tidak dengan ke Google Photos > Library > Utilites.

Komen