Kelebihan Monitor Samsung Odyssey Neo G9 2021 Untuk Permainan Video

Diterbitkan pada Dis 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebut pasal gaming, industri ini kerap memperkenalkan piawaian teknologi baru yang harus diikuti semua. Perkara seperti kadar segar semula, kadar respons, kualiti warna sentiasa dititikberatkan dalam gaming. Dan jika bercakap mengenai monitor gaming, Samsung yang juga merupakan pengeluar ternama untuk monitor gaming turut mempunyai tawarannya tersendiri.

Dari dahulu lagi Samsung dengan barisan monitornya sentiasa memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Bagi tujuan gaming, Samsung hadir dengan siri Odyssey yang berkuasa, berkualiti serta berprestasi tinggi. Berikut merupakan fungsi-fungsi monitor gaming terkini Samsung Odyssey Neo G9 2021 yang perlu anda tahu. 

G9 Merupakan Variasi Tertinggi Dalam Siri Odyssey – Dengan Saiz 49-inci Dual QHD

Jika ini kali pertama anda mengetahui mengenai monitor gaming Samsung Odyssey, ia ditawarkan dalam beberapa pilihan seperti G3, G5, G7 dan juga G9. G9 merupakan kelas tertinggi, dengan paparan bersaiz 49-inci. 

Sebut mengenai paparan bersaiz besar ini, anda mungkin terasa apakah keperluan monitor bersaiz sepenuh meja? Dengan saiz 49-inci ini, ia bersamaan anda mempunyai dua monitor 27-inci dan boleh membuatkan kualiti visual permainan anda lebih mendalam. Ini kerana resolusi 5120×1440 dimuatkan dalam satu monitor dengan nisbah 32:9. 

Satu lagi perkara adalah memandangkan ia diletakkan diatas meja, jika kebiasaan anda meletakkan dua skrin, ia tidak mempunyai jarak fokus yang sama. Tetapi dengan Samsung Odyssey Neo G9 2021 yang mempunyai skrin melengkung, mata anda akan melihat keseluruhan paparan pada jarak yang sama, tanpa perlu anda mengubah fokus dan memenatkan mata.

Kelajuan Segar Semula Sehingga 240Hz dan Kadar Respons 1ms

Sebagai monitor gaming, penting untuk ia beroperasi dengan laju, selaju aksi permainan tersebut bagi menyamai kelajuan pengguna untuk bermain. Cacat cela seperti ghosting, lengah masa, tidak patut wujud dalam dunia gaming.

Untuk monitor gaming Samsung Odyssey Neo G9 ini, ia dilengkapi dengan kadar segar semula 240Hz. Jika anda sudahpun merasa bagus dengan kadar 120Hz, anda akan merasa dua kali ganda kebagusannya pada monitor ini kerana secara tak langsung, permainan dengan kadar segar semula yang lebih tinggi dapat dijanjikan kelancaran dan pergerakan tanpa sebarang kesan’ ghosting’.

Seterusnya menyempurnakan kelajuan 240Hz adalah kadar respons selaju 1ms. Ini lebih baik dengan monitor gaming lain di pasaran yang kadangkala hanya memberikan kadar respons 5ms dengan kelajuan segar semula 144Hz. Dengan monitor gaming Samsung ini, boleh dikatakan kesemua tetapan tertinggi untuk tujuan gaming tersedia untuk pemain.

Dikuasakan Teknologi Quantum Mini-LED + Quantum HDR 2000

Jika saiz dan kelajuan telahpun diberikan pada tahap tertinggi, seterusnya adalah kualiti paparan yang terdapat pada Samsung Odyssey Neo G9 2021. Ia menggunakan paparan Quantum Mini-LED IPS-Panel, iaitu teknologi terkini dari Samsung yang turut menyertakan 2,048 zon pencerahan. Ia juga turut membolehkan paparan warna hitam sebanyak 12 bit tahap, memberikan warna hitam yang jitu.

Sebagai tambahan, teknologi Mini-LED ini lebih baik dari LED kebiasaan yang mana pencerahan LED biasa akan menyebabkan cahaya ‘melimpah’ (picture blooming) jadi menjadikan pencahayaan kurang jitu. Dengan Mini-LED, lebih banyak LED dapat dimuatkan pada satu panel, mengurangkan limpah cahaya dan memberikan warna dengan kadar kontras yang tinggi. 

Dan apabila bercakap mengenai HDR, Quantum HDR 2000 pada monitor ini dapat memberikan nisbah kontras sehingga 1,000,000:1, menjamin tiada sebarang warna yang tidak dapat ditunjukkan. Monitor gaming ini juga menyokong pencerahan maksimum 2000nit, lebih cerah dari yang lain. 

Pelbagai Fungsi Keperluan Gamer

Terdapat beberapa fungsi khusus untuk gamer seperti NVIDIA G-Sync dan AMD FreeSync bagi membolehkan visual yang kompleks dapat dipaparkan tanpa masalah. Bagi Samsung Odyssey Neo G9 2021, ia menyokong NVIDIA G-Sync dan juga AMD FreeSync Premium Pro jadi tiada masalah visual ‘terkoyak atau tidak dapat mengikut kelajuan’ (tearing & stuttering) paparan. 

Dari segi rekaan, untuk versi tahun ini dia hadir dengan pencahayan CoreSync dibahagian belakang, membolehkan paparan Samsung Odyssey Neo G9 2021 memaparkan warna bersamaan dengan permainan yang sedang dimainkan. 

Melengkapkan hidup anda sebagai gamer adalah anda juga boleh menyambungkan pelbagai sistem gaming anda kepada monitor ini. Ia mempunyai fungsi pintar yang boleh menukar input mengikut pemilihan konsol yang diaktifkan. Satu fungsi yang bagus untuk satu monitor, menyokong kesemua peranti gaming yang anda miliki. 


Sekiranya anda seorang gamer yang mencari monitor gaming terkini dan berprestasi tinggi, anda boleh memilih Samsung Odyssey Neo G9 2021 yang padat dengan pelbagai fungsi, dan dijual pada harga RM 9,499 dengan aksesori lengkap.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami