Cari @ Amanz

Apple mempunyai sejumlah penawaran produk dibawah mereka yang sering mencuri perhatian. Salah satuya adalah penawaran tablet premium dibawah siri iPad Pro.

Terbaru, melalui Bloomberg, ia dikongsikan yang mana Apple bakal memperkenalkan iPad Pro dengan rekaan baharu pada 2022 kelak.

Menariknya, iPad Pro generasi baharu ini juga dijangka akan menyertakan sokongan pengecasan nirwayar.

Apple iPad Pro

Pengenalan ciri ini dilihat selari dengan langkah Apple memperkenalkan fungsi pengecasan nirwayar pada iPhone dan Apple Watch, selain turut membawa MagSafe ke MacBook.

Mengikut spekulasi sebelum ini, Apple turut dijangka memperkenalkan ciri pengecasan antara peranti secara nirwayar pada masa hadapan, membolehkan pengguna menggunakan tenaga bateri pada iPad untuk mengecas iPhone, Apple Watch mahupun AirPods.

Selain pengenalan iPad Pro dengan rekaan baharu, Apple turut dijangka memperkenalkan kemaskini untuk iPad Air dan iPad asas pada 2022 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd