Carian
Panel Belakang Xiaomi 12 Tertiris Menunjukkan Perubahan Konfigurasi Kamera
December 6, 2021 Effi Saharudin

Xiaomi 12 akan dilancarkan pada 12 Disember hadapan sebagai peranti pertama menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 1. Seperti tahun lalu, Xiaomi sekali lagi menjadi pengeluar pertama menggunakan cip paling mercu keluaran Qualcomm. Dengan peranti semakin hampir dilancarkan, sudah menjadi lumrah rekaannya tertiris.

Digital Chat Station meniriskan panel belakang Xiaomi 12 yang menunjukkan penggunaan sistem tri-kamera utama. Ini adalah sama dengan sistem tri-kamera Mi 11 tahun lalu tetapi dengan beberapa perubahan. Rekaan bonggol kamera kini memanjang dan bukan lagi segi empat sama. Penggunaan satu lensa utama masih dikekalkan dengan kemungkinan besar dipadankan dengan lensa ultra sudut lebar dan makro.

Tiada maklumat lain diketahui mengenai peranti tetapi kerana ia peranti Xiaomi, ia pastinya akan menjadi antara peranti mercu paling mampu milik sepanjang 2022.

Sumber Sparrownews

Komen