Moto Edge X30 Akan Dilengkapi Kamera Swafoto 60MP, Pengecasan Pantas 68W

Diterbitkan pada Dis 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Moto Edge X30 bakal dilancarkan di China pada 9 Disember ini. Ia merupakan salah satu peranti yang akan dilengkapi cip Snapdragon 8 Gen 1. Selain daripada itu, ia juga dijangka menawarkan beberapa ciri menarik lain bertujuan meletakkan sesebuah peranti itu dalam kelas tersendiri.

Antaranya seperti, Moto Edge X30 akan menggunakan kamera hadapan sebesar 60-Megapixel. Di samping itu, peranti ini juga akan dilengkapi persediaan kamera utama dengan tetapan 50MP + 50MP + 2MP. Melengkapinya juga adalah bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan pantas 68W. Panel hadapan yang digunakan pula hadir dengan sokongan warna 10-bit dengan beberapa ciri tambahan seperti kadar segar semula 144Hz dan persijilan HDR 10+.

Spekulasi awal mendakwa ia mungkin dilengkapi paparan OLED FHD+ dengan saiz skrin sebesar 6.67-inci. Bukan itu sahaja, ia juga dijangka hadir dengan beberapa varian memori dan storan dalaman yang berbeza. Selain daripada Moto Edge X30, syarikat ini juga dijangka memperkenalkan sebuah lagi model dikenali sebagai Moto Edge S30.

Sumber : Gizmochina

komen


© Amanz / 2022 Kami