0.2 Peratus Daripada 10 Juta Pengguna Windows 10 Yang Ditinjau Menaiktaraf Sistem Operasi Ke Windows 11 – Lansweeper

Diterbitkan pada Dis 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft telah melancarkan sistem operasi Windows 11 terbaru mereka beberapa bulan yang lalu, dimana ia merupakan penaiktarafan percuma daripada Windows 10 sebelum ini. Walaupun begitu, pengguna Windows 10 dilihat tidak begitu meriah sambutan di kalangan pengguna.

Lansweeper, syarikat penganalisa pasaran baru-baru ini dilihat telah mengeluarkan laporan mengenai tinjauan pasaran mengenai penaiktarafan sistem operasi Windows 10 ke Windows 11, dimana mereka mempunyai 10 juta penjawab tinjauan dari sektor pengguna dan industri.

Tinjauan tersebut menunjukkan bahawa hanya 0.21 peratus daripada penjawab ini telah menaiktarafkan sistem operasi Windows 10 ke Windows 11. Satu sebab utama mengapa ini berlaku ialah kerana Windows 11 memerlukan penggunaan cip Trusted Platform Module 2.0 untuk tujuan sekuriti.

Cip tersebut, yang dilihat hanya ditawarkan pada cip-cip pemprosesan yang dilancarkan sekitar 3-4 tahun yang lalu, dilihat menyukarkan pengguna yang mahu menaiktarafkan sistem operasi tersebut kerana secara lazimnya pengguna akan menggunakan sebuah komputer untuk sekitar 5-6 tahun sebelum menaiktarafkan sistem komputer desktop ataupun komputer riba mereka.

Mengeruhkan keadaan untuk Microsoft, laporan Lansweeper turut mengatakan bahawa ada kebarangkalian bahawa lebih ramai pengguna masih menggunakan sistem operasi Windows Vista, Windows 7, Windows 8 berbanding dengan Windows 11, dan ini adalah satu situasi yang tidak begitu baik khususnya kerana sistem-sistem operasi tersebut sudahpun ditamatkan sokongan sekuritinya oleh Microsoft, dan akan mendatangkan mudarat kepada pengguna.

Sumber: TechRadar

komen


© Amanz / 2022 Kami