Konsol Inforia Tesla Model Y Menerima Kemaskini CPU AMD Ryzen Untuk Prestasi Lebih Cekap Dan Pantas

Diterbitkan pada Dis 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apabila Tesla memperkenalkan kereta elektrik Tesla Model S Plaid mereka, salah satu penambahbaikan yang diperlihatkan pada kenderaan tersebut ialah ia hadir dengan sistem inforia yang menggunakan cip pemprosesan AMD Ryzen yang dilihat sangat berkuasa dan boleh digunakan untuk menggerakkan permainan video.

Terkini, Tesla dilihat telah mengemaskini sistem inforia Tesla Model Y pula dengan cip pemprosesan keluaran AMD ini, dan berbeza dengan cip pemprosesan yang digunakan sebelum ini, iaitu cip pemprosesan Intel Atom E3950. Daripada ujian yang diperlihatkan, diantara penambahbaikan paling ketara ialah akses kepada aplikasi-aplikasi terbina yang dilihat jauh lebih pantas dengan cip pemprosesan AMD berbanding Intel.

Ia dilihat bahawa model Tesla Y yang akan menerima kemaskini ini ialah Tesla Model Y Performance yang sedang dibangunkan di kilang Tesla di Shanghai. Samada ini adalah untuk kesemua penawaran model kereta elektrik tersebut ataupun hanya terhad untuk pasaran China sahaja masih tidak diketahui.

Dengan ini, ia tidak mengejutkan sekiranya kita akan melihat bahawa kenderaan-kenderaan akan datang yang dilancarkan oleh mereka akan hadir dengan sistem inforia yang dikuasakan cip pemprosesan keluaran AMD yang lebih pantas dan berkuasa.

Sumber: Tom’s Hardware

komen


© Amanz / 2022 Kami