Sennheiser HD 400 Pro Ialah Fon Kepala Terbuka Untuk Pengguna Profesional

Diterbitkan pada Dis 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sennheiser ialah jenama yang cukup disegani dalam dunia audio. Oleh itu tidaklah mengejutkan produk mereka digunakan golongan profesional di bawah keluarga Pro. Minggu lalu mereka telah melancarkan Sennheiser HD 400 Pro yang merupakan fon kepala untuk kegunaan studio pertama mereka dengan rekaan belakang terbuka (Open Back).

Dengan rekaan terbuka, audio yang terasa lebih luas dan semula jadi dapat dinikmati pendengar. Ia turut menjanjikan keselesaan yang lebih baik kerana terdapat pengudaraan tanpa pemakai risau akan isu pemanasan. Meningkatkan lagi keselesaan ialah pad telinga diperbuat daripada bahan velor yang lembut.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi pemandu audio 120-ohm yang menjanjikan kualiti bass yang menarik. Ia boleh disambung kepada kelengkapan audio dengan kabel 3.5nmn sepanjang 1.8m lurus atau 3.5m yang berlingkar. Tiada sokongan untuk sambungan secara nirwayar. Sennheiser HD 400 Pro dijual pada harga $250 (~RM1057) sepasang.

komen


© Amanz / 2022 Kami