Cari @ Amanz

Peranti paling menarik tahun ini dari segi rekaan mungkin ialah Samsung Galaxy Z Flip3 5G. Dengan skrin boleh lipat serta rekaan seakan peranti awal milenium, ia segera menjadi aksesori penting di kalangan pengguna yang inginkan sesuatu yang lain. Bagi pemilik Galaxy Z Flp3 di Malaysia, Samsung kini menawarkan aksesori rasmi yang bertemakan Disney.

Pengguna boleh membeli aksesori rasmi bertemankan Star Wars, Marvel, National Geographic, Mickey Mouse dan The Simpsons. Ini adalah dalam bentuk kerangka silikon, tali kerangka silikon, tali lanyard dan pek pelekat rasmi. Harga jualan aksesori bermula dari RM79 untuk tali kerangka silikon dan meningkat ke RM159 untuk pek kerangka silikon, tali lanyard serta pelekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd