Cari @ Amanz

Acara Consumer Electronics Show 2022 bakal berlangsung tidak lama lagi, dan di acara tersebut, ia dijangka bahawa Intel, AMD, NVIDIA dan sejumlah syarikat pembuat komponen lain akan memperkenalkan penawaran terbaru mereka.

Acer juga dijangka akan memperkenalkan siri-siri komputer riba baru di acara tersebut dan diantaranya nampaknya ialah Acer Nitro 5 baharu yang dikemaskini dengan komponen-komponen terbaru keluaran Intel dan juga NVIDIA. Butiran ini tertiris melalui kedai atas talian Perancis yang menjual perkakasan-perkakasan komputer yang telah memperlihatkan sejumlah besar butiran spesifikasi komputer riba tersebut.

Bermula dengan spesifikasi laptop itu sendiri, model paling berkuasa Acer Nitro 5 ini dilihat hadir dengan paparan skrin bersaiz 17.3 inci dengan resolusi QHD (2560×1440) dengan kadar segar semula 144Hz. Dari segi spesifikasi pula, ia dilihat hadir dengan dua pilihan CPU, termasuklah Intel Core i7-12700H, memori DDR4 sebanyak 16GB dan storan SSD NVMe sebesar 512GB.

Model Acer Nitro 5 ini juga dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070 Ti yang juga dijangka akan diumumkan di acara tersebut. Spesifikasi khusus untuk kad grafik ini masih tidak diketahui lagi, tetapi dijangka akan dikuasakan dengan memori GDDR6 sama pada kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070 sebelum ini.

Acer dijangka akan hadir dengan dua lagi model Acer Nitro 5 yang mempunyai paparan skrin sama dengan resolusi Full HD dan dua penawaran kadar segar semula 165Hz dan 144Hz yang akan dikuasakan CPU Intel Core i5-12500H, memori DDR4 sebanyak 16GB dan juga storan SSD NVMe PCIe 512GB.

Untuk model-model Acer Nitro 5 yang dikuasakan CPU Intel Core i5 ini, kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050Ti akan menguasakan komputer riba ini.

Seperti yang dikatakan, Acer dijangka akan memperkenalkan kemaskini kepada siri komputer riba Acer Nitro 5 dijangka akan diperlihatkan pada acara CES 2022 kelak.

Sumber: VideoCardz

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd