Carian
Teknik Suntingan CRISPR Berjaya Digunakan Untuk Memilih Jantina Dengan Ketepatan 100%
December 6, 2021 Effi Saharudin

Teknik suntingan CRISPR mungkin adalah antara yang paling penting pernah dicipta dalam sejarah peradaban manusia. Oleh itu penciptanya Emmanuelle Charpentier dan Jennifer Doudna dianugerahkan Hadiah Nobel Kimia tahun 2020. Kini CRISPR telah digunakan untuk pula untuk memilih jantina haiwan dengan ketepatan 100% .

Dalam kajian yang dilakukan oleh penyelidik di Francis Crick Institute dan the University of Kent, jantina tikus makmal berjaya dipilih dengan ketepatan 100%. Jantina jantan 100% dan betina 100% dapat dilakukan pada dua kumpulan berbeza. Ini membuka pintu kepada menghentikan amalan membunuh haiwan ternakan sejurus selepas dilahirkan kerana ia jantina yang tidak diperlukan peladang.

Sebagai contoh peladang ayam telur tidak memerlukan ayam jantan dan begitu juga dengan peladang lembu tenusu hanya memerlukan lembu betina. Suntingan dilakukan ketika tikus masih di peringkat embrio. Menurut penyelidik, tikus makmal yang dibiak tidak menunjukkan sebarang kesan negatif. Penyelidik percaya teknik boleh digunakan pada kesemua haiwan mamalia. Sungguhpun begitu kajian yang lebih terperinci perlu dilakukan bagi memastikan tiada kesan jangka panjang berlaku.

Komen