Kelengkapan gaming dahulunya dianggap niche tetapi kini semakin mendapat perhatian orang ramai kerana gaming kini sudah menjadi perkara normal. Selari dengan normalisasi hobi ini, jumlah pengeluar yang menghasilkan kelengkapan untuk gaming juga meningkat. Hari ini meja untuk gaming Cooler Master GD160 pula telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia.

Apa yang memuatkan Cooler Master GD160 sebuah meja gaming? Pertama sekali ialah bingkainya diperbuat daripada bahan tahan lasak yang mampu menampung beban sehingga 100 kilogram. Cukup tahan lasak untuk PC dan multi-monitor gaming yang ingin digunakan. Ketinggian meja boleh dilaras mengikut keperluan pengguna dengan terdapat juga ruang untuk pengurusan kabel terbina untuk mengelakkan wayar berselirat.
Bahagian atas meja pula mempunyai lapisan yang membuatkan ia menjadi permukaan yang memudahkan penggunaan tetikus dan juga kalis calar. Di Malaysia Cooler Master GD160 dijual pada harga RM1199 sebuah.