Cari @ Amanz

Digital Nasional Berhad telah menyatakan bakal menawarkan perkhidmatan rangkaian 5G bermula minggu hadapan, terhad di Cyberjaya, Putrajaya dan sebahagian Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, DNB berkongsi mengatakan perkhidmatan 5G ini akan ditawarkan tanpa sebarang kos kepada syarikat telekomunikasi ketika fasa pengenalan ini.

Penawaran percuma kepada syarikat telekomunikasi ini adalah sehingga 31 Mac kelak, dimana DNB menyasarkan selesai pelbagai perkara melibatkan perjanjian dengan syarikat telekomunikasi dalam tempoh berkenaan.

DNB mengatakan mereka akan menawarkan harga kos setiap GB yang lebih rendah kepada syarikat telekomunikasi, berbanding kos 4G setiap GB yang ditanggung mereka sekarang.

TM sebelum ini telah mengatakan akan menawarkan perkhidmatan 5G kepada para pelanggan pascabayar mereka apabila semuanya telah tersedia kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd