Celcom hari ini mengumumkan mereka telah selesai menamatkan rangkaian 3G di Johor, Melaka dan juga Negeri Sembilan.
Penutupan ini adalah lanjutan aktiviti penutupan rangkaian 3G yang dilakukan berperingkat oleh Celcom sejak Oktober 2021 lepas.
Celcom dan pelbagai syarikat telekomunikasi menyasarkan penamatan rangkaian 3G pada penghujung Disember ini, selari dengan aspirasi pihak SKMM. Ia juga selari dalam terus mengukuhkan rangkaian 4G, selain bersedia untuk peralihan ke rangkaian 5G.
Untuk fasa seterusnya, kini Celcom akan memfokuskan penamatan rangkaian 3G di Sabah dan juga Wilayah Persekutuan Labuan.