Pengguna WhatsApp Kini Boleh Tetapkan Semua Chat Baharu Dipadam Secara Automatik

Diterbitkan pada Dis 6, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WhatsApp sedia menawarkan ciri “Disappearing Messages”, dimana pengguna boleh mengaktifkan ciri ini untuk perbualan individu, dan sesuatu mesej berkenaan akan hilang selepas tempoh 7 hari pada kedua-dua pihak.

Kini, hari ini WhatsApp mengemaskini penawaran berkenaan, dimana pengguna boleh melakukan tetapan kekal, sekaligus membuatkan semua perbualan WhatsApp yang baharu dimulakan untuk mengaktifkan ciri mesej yang hilang secara automatik.

Selari pengenalan ciri ini, kini pengguna turut boleh menetapkan supaya mesej hilang sama ada selepas 24 jam, 7 hari atau 90 hari.

Dengan langkah ini, anda tidak lagi perlu menyimpan mesej perbualan dengan seseorang itu untuk tempoh lama atau mengarkib pada peranti – sebaliknya mesej boleh hilang secara automatik.

Pengguna juga turut boleh membuat tetapan individu untuk setiap tetingkap perbualan supaya tidak memadam sesuatu mesej.

Bagi anda, adakah anda akan mengaktifkan ciri “Disappearing Messages” ini secara kekal untuk semua perbualan baharu?

komen


© Amanz / 2022 Kami