TCL Memperlihatkan Konsep Peranti Boleh-Lipat Yang Juga Boleh-Gulung

Diterbitkan pada Dis 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di pasaran sekarang peranti skrin boleh-lipat sudah masuk ke generasi ketiga dengan dua rekaan yang dominan. Tetapi peranti skrin boleh-gulung juga telah dibangunkan oleh Oppo, LG dan TCL. Ramai merasakan dua rekaan yang berbeza ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Tetapi wujudkah permintaan untuk peranti hibrid boleh-lipat dan boleh-gulung?

TCL merasakan ia wujud dan telah menghasilkan prototaip peranti hibrid ini. Peranti diperlihatkan di acara Display Technology Congress 2021 yang berlangsung di China. Peranti melipat keluar seperti sebuah Mate X. Apabila dibuka skrin membesar dari 6.78″ ke 8.55″. Kemudian salah satu “pintu” peranti boleh dibesarkan lagi dengan ia bergulung keluar. Peranti kini mempunyai skrin sebesar 10″. Buat masa ini peranti ini masih lagi sekadar prototaip.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami