ASUS Mengemaskini Siri Expertbook B5 Dengan Komponen Intel Generasi Ke-11 Dan Memperkenalkan Model Boleh-Lipat

Diterbitkan pada Dis 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Komputer riba ASUS Expertbook B5 keluaran ASUS merupakan komputer riba produktiviti paling padat dan paling ringan yang pernah mereka lancarkan, dan digabungkan dengan komponen-komponen premium yang menjadikannya cukup berkuasa untuk membantu pengguna menyiapkan tugasan harian tanpa begitu banyak masalah.

ASUS Expertbook B5 yang dikemaskini ini kini hadir dengan penawaran paparan skrin 13.3 inci dan menggunakan panel OLED dengan resolusi Full HD dan mempunyai nilai kecerahan setinggi 400 nit.

Dari segi komponen, ia dikuasakan oleh CPU Intel Core i5-1135G7, memori DDR4 8GB yang boleh dinaiktaraf sehingga 48GB dan mempunyai storan SSD NVMe PCIe sebesar 512GB.

Sama seperti model Expertbook B5 sebelum ini, model terbaru ini menggunakan rangka magnesium yang membolehkannya hadir dengan berat sekitar 1.2kg, menjadikannya lebih mudah untuk dibawa kemana-mana.

Komputer riba ini juga telah dikemaskini dengan ciri-ciri baru seperti sokongan Thunderbolt 4 dan WiFi6 yang akan meningkatkan prestasi produktiviti pengguna sekiranya mereka memerlukan kadar penghantaran data dan juga sambungan internet yang pantas.

Model baru dalam siri ini ialah ASUS Expertbook B5 Flip, iaitu model Expertbook yang hadir dengan kebolehan untuk melipat bahagian paparan ke belakang supaya ia boleh digunakan sebagai sebuah tablet.

Dari segi paparan, ia hadir dengan paparan OLED 13.3 inci yang sama, dimana ia kini hadir dengan fungsi sesentuh. Ia mempunyai resolusi Full HD dan nilai kecerahan 400 nit yang sama pada komputer riba Expertbook B5 sebelum ni.

Menguasakan komputer riba ini ialah CPU Intel Core i7-1165G7, memori DDR4 sehingga 16GB dan storan SSD NVMe PCIe sebesar 512GB.

Kedua-dua komputer riba ini juga hadir dengan bateri 66Wh yang menjanjikan jangka hayat sekitar 14 jam dengan pengecasan penuh, yang boleh dilakukan dengan menggunakan pengecasan PD 65W dan kabel USB-C, yang sangat berguna bagi mereka yang tidak mahu membawa kepala pengecasan bersama-sama mereka.

ASUS Expertbook B5 dan Expertbook B5 Flip ini dilihat ditawarkan di beberapa pasaran terpilih terlebih dahulu pada harga permulaan $1299 dan $1699.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami