Jepun Akan Menawarkan Perkhidmatan Bas Yang Boleh Beroperasi Sebagai Kereta Api

Diterbitkan pada Dis 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di Malaysia terdapat dua sekolah falsafah mengenai pengangkutan awam. Ada yang percaya perkhidmatan perlu dipertingkatkan kerana ia adalah penyelesaian paling mampu milik. Sementara itu ada juga yang percaya perkhidmatan rel perlu diwujudkan. Bagi Asa Coast Railway di Jepun, mereka akan memulakan perkhidmatan bas yang boleh beroperasi seperti kereta api.

Bas yang boleh beroperasi menggunakan rel ini mampu membawa sehingga 23 orang penumpang. Apabila dalam mod kereta api, ia bergerak pada kelajuan 80 km/j di atas trek sejauh 123 kilometer. Menurut Asa Coast Railway, penggunaan kenderaan dwi-mod ini akan memberikan penjimatan ke atas kos operasi dan juga penyelenggaraan kenderaan.

Selain itu ia membolehkan ia terus digunakan ketika bencana alam sekiranya salah satu jalan raya atau rel terjejas. Tiga bas dwi-mod ini akan beroperasi bermula 25 Disember ini. Ia akan menjadikannya perkhidmatan bas-kereta api hibrid penumpang pertama di dunia setelah sealam ini sistem ini hanya digunakan oleh kenderaan yang menyelenggara rel.

Sumber New Atlas

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami