The Matrix Awakens Ialah Demo Interaktif Hyper-Realistik Yang Dibangunkan Menggunakan Unreal Engine 5

Diterbitkan pada Dis 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

The Matrix dilihat akan kembali ke pawagam filem tidak lama lagi, dan bersempena dengan itu, demo interaktif The Matrix Awakens telah dibangunkan menggunakan enjin grafik Unreal Engine 5 keluaran Epic Games.

Tidak banyak yang diketahui mengenai demo ini, kecuali bahawa ia akan hadir dengan grafik hyper-realistik dimana watak Neo yang dimainkan Keanu Reaves kelihatan seperti orang yang sebenar, tetapi ia diolah menggunakan grafik digital.

Tidak banyak yang diketahui mengenai demo The Matrix Awakens ini, tetapi ia sudah boleh dimuat-turun secara awal melalui konsol permainan video Sony PlayStation 5 dan juga Xbox Series X yang boleh memanfaatkan prestasi kualiti Unreal Engine 5 ini.

Ia dilaporkan bahawa demo ini akan diperlihatkan untuk pertama kalinya sewaktu acara The Game Awards dalam masa beberapa hari sahaja lagi, dan pemilik konsol-konsol ini akan boleh memainkannya selepas ia diperlihatkan kelak.

Video acah yang dikeluarkan oleh Unreal Engine memperlihatkan Keanu Reaves menanyakan kita “How do we know what’s real?” dengan memperlihatkan wajahnya yang diolah menggunakan enjin grafik baru ini.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami