YouTube Mengatakan Bahawa Lebih Dari Separuh Pertikaian Hakcipta Menyebelahi Pihak Pencipta Kandungan

Diterbitkan pada Dis 7, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apabila bercakap mengenai pertikaian hakcipta kandungan di YouTube, anda pastinya pernah melihat beberapa pencipta kandungan mengatakan bagaimana sistem pertikaian YouTube sering memihak pihak yang mempertikai dan juga bot-bot pertikaian kandungan khususnya kerana penggunaan sistem ContentID automatik.

YouTube baru-baru ini mengeluarkan laporan mengenai penyelesaian pertikaian hakcipta kandungan baru-baru ini dan mengatakan bahawa lebih daripada separuh pertikaian hakcipta kandungan secara lazimnya akan berpihak kepada pihak pembangun kandungan, dan bukan syarikat atau individu yang memulakan pertikaian tersebut.

Dari Januari hingga Jun 2021, sebanyak 722 juta laporan tentang hakcipta kandungan telah direkod melalui ContentID, tetapi hanya 0.5 peratus daripada laporan-laporan ini yang memasuki fasa pertikaian oleh pihak YouTube. Daripada ini, sekitar 2.2 juta laporan pertikaian ataupun 60 peratus dilihat memihak kepada pihak pembangun kandungan dan selebihnya memihak pihak yang mempertikai.

Pihak yang mempertikai juga mempunyai pilihan untuk memasukkan pertikaian mereka secara manual kedalam borang web ataupun perisian Copyright Match. Laporan yang diterima daripada borang-borang ini secara lazimnya akan memasuki fasa pertikaian, tetapi peratusan penyelesaian pertikaian ini masih lagi secara lazimnya memihak pihak pencipta kandungan.

Walaupun YouTube dilihat hadir dengan banyak kritikan tentang bagaimana mereka mengendali isu hakcipta kandungan ini, mereka juga dilihat memudahkan pencipta kandungan untuk menyunting kandungan untuk membolehkan mereka membuang kandungan yang sudahpun dimiliki oleh individu/syarikat lain dengan cepat dan mudah.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ini, anda boleh membaca mengenainya melalui blog YouTube.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami