Carian
Sony Menggantung Pengeluaran Kamera ZV-E10 Kerana Kekurangan Cip
December 7, 2021 Effi Saharudin

Masalah kekurangan cip masih belum selesai dengan kini Sony pula terkesan. Mereka kini menggantung pesanan dan pengeluaran kamera digital Sony ZV-E10 kerana kesukaran mendapatkan bekalan cip. Ini bukanlah satu-satunya model kamera digital Sony yang mengalami masalah. Kamera terkini mereka walaupun telah dilancarkan hanya akan mula tiba ke tangan pembeli pada tahun 2022.

Masalah turut dialami oleh pengeluar kamera digital lain seperti Canon dan Nikon. Malahan seperti yang kami laporkan sebelum ini, ia juga mengakibatkan Tesla menjual kereta tanpa sebarang sistem pengecasan untuk telefon pintar. Dengan situasi pandemik kini semakin terkawal, isu kekurangan cip ini dijangka akan selesai tahun hadapan.

Komen