Razer Melancarkan Pengecas MagSafe Dengan Lampu RGB

Diterbitkan pada Dis 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Razer tidak lagi mengeluarkan telefon pintar mereka sendiri dan oleh itu kini menawarkan aksesori kepada peranti pengeluar lain. Semalam mereka melancarkan pula Razer Phone Cooler Chroma yang merupakan pengecas MagSafe dengan sistem lampu RGB.

Ia turut dilengkapi sistem lampur RGB Razer Chroma yang mampu memaparkan 16.8 juta warna yang boleh dikawal oleh pengguna. Walaupun dilengkapi magnet untuk digunakan dengan iPhone, Razer menyertakan juga penyambung yang membolehkan Razer Phone Cooler Chroma digunakan juga pada peranti Android yang tidak mempunyai magnet pada panel belakang.

Kipas berputar pada kelajuan 6400 RPM dengan bunyi sekitar 30 dB. Sambungan kuasa pula ialah menggunakan port USB-C. Razer Phone Cooler Chroma dijual pada harga RM279.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami