Oppo Mengacah Telefon Dengan Kamera Boleh-Sentut
Aman
Oppo menjadualkan hari Oppo Inno Day pada minggu hadapan, yang mana turut akan disusuli dengan pengenalan sebuah telefon pintar mercu. Kini, selari dengannya, Oppo telah mengeluarkan sebuah video acah khas yang memperlihatkan salah satu ciri utama pada peranti berkenaan.
Melalui video acah yang diperlihatkan, ia menyertakan rekaan kamera boleh-sentut. Dengan rekaan ini, apabila pengguna mengakses aplikasi kamera, lensa kamera pada bahagian belakang telefon dilaraskan dan memanjang ke luar.
Dengan langkah ini, ia membolehkan Oppo hadir dengan rekaan telefon mendatar pada bahagian belakang, dan tidak mempunyai bongol kamera yang kurang disukai ramai.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan pengenalan telefon dengan kamera boleh-sentut ini pada minggu haadapan.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.