Ubisoft Melancarkan Digits – NFT Untuk Permainan Video

Diterbitkan pada Dis 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Adakah kita memerlukan teknologi rantaian blok dalam permainan video? Di Ubisoft jawapannya ialah ya dan kini teknologi NFT integrasikan ke dalam permainana Ghost Recon Breakpoint seperti mana pisau siluman Altair menyusup masuk ke kerongkong Al Mualim.

Platform Ubisoft Quartz telah dilancarkan semalam yang menjual NFT yang diberi nama Digits. Digits ialah perubahan kosmestik dalam Ghost Recon Breakpoint yang hanya ditawarkan dalam jumlah yang terhad. Pembeli Digits akan mempunyai rekod pembelian yang mengesahkan mereka adalah tuan punya perubahan kosmetik tersebut. Ini mungkin dalam bentuk pakaian, senjata dan kenderaan yang boleh digunakan dalam permainan.

Sempena pelancaran Ubisoft Quartz, Ubisoft akan menawarkan beberapa Digits percuma kepada pengguna yang layak dan di beberapa pasaran terpilih minggu ini. Pada peringkat awal, pemain hanya dibenarkan memiliki satu Digits edisi terhad pada satu-satu masa. Tambah Ubisoft lagi, teknologi rantaian blok Tezos yang menghasilkan Digits adalah mesra alam kerana hanya memakan kuasa yang sama seperti menstrim video selama tiga saat.

komen


© Amanz / 2022 Kami