Cari @ Amanz

Pada zaman sekarang, pekerjaan sebagai seorang gamer sepenuh masa bukan lagi pekerjaan yang tiada masa depan kerana dengan hanya bermain permainan video, kita sudah boleh menjana pendapatan sendiri. Tetapi untuk mencapai tahap yang profesional, anda memerlukan kemahiran dan disiplin untuk berlatih dalam satu tempoh masa yang lama.

Malah, kajian daripada Vono Gamer’s Wellbeing Feedback telah menunjukkan bahawa sebanyak 88% responden menyatakan mereka akan berada dalam posisi duduk dalam tempoh lebih daripada dua jam bahkan ada juga diantara mereka duduk lebih daripada lapan jam sehari. Perkara ini seterusnya dilihat menjadi punca mengapa 70% daripada responden mengalami sakit di bahagian leher, 60% mengalami rasa sakit belakang dan 49% berasa sakit bahu.* Jadi bagaimana untuk mengelakkan daripada perkara ini terjadi? Ini beberapa tips untuk anda.

1. Duduk Dengan Postur Badan Yang Baik Dan Ergonomik

Kebiasaannya, punca para pemain berasa sakit belakang adalah disebabkan postur badan yang tidak betul ketika duduk bermain permainan video. Reka bentuk dan kedudukan barangan gaming yang ergonomik juga memainkan peranan penting untuk mendapatkan keselesaan badan yang baik ketika dan selepas permainan. Secara umumnya, terdapat 3 jenis posisi yang sering digunakan oleh para pemain, dan ini adalah cara duduk yang betul bagi setiap posisi.

Posisi Untuk Pemain Permua – Adalah lebih baik untuk anda naikkan sedikit posisi telefon pintar anda dan elakkan menunduk ketika bermain.

Fortnite Battle Royale

Posisi Untuk Pemain Permainan Video Di Meja – Guna kerusi yang dapat menyokong pinggang dan belakang anda dengan baik, duduk tegak, dan paparan monitor perlu diletakkan pada paras mata yang tidak terlalu mendongak ke atas. Kaki anda pula boleh dibengkokkan kepada 90 darjah dan tapak kaki mencecah rata ke lantai. Anda juga boleh letakkan bantal di bahagian pinggang untuk keselesaan yang lebih baik.

Posisi Untuk Pemain Di Sofa Atau Katil – Bersandar dan lapikkan bantal di bahagian pinggang. Sudut yang ideal untuk duduk di sofa atau katil dengan selesa adalah seluas 100 hingga 135 darjah.

2. Berhenti Sebentar Dan Regangkan Badan Selepas Beberapa Tempoh Masa

Selepas anda bermain permainan dalam satu tempoh masa yang lama, adalah lebih baik untuk anda berhenti sebentar untuk meregangkan badan agar tidak berlaku kekejangan otot. Regangan badan ini penting kerana apabila kita duduk terlalu lama, ia akan menyebabkan kita berhenti menggunakan sebahagian daripada otot kita. Dengan regangan badan, ia akan menggerakkan otot-otot anda tadi dan antara bahagian yang perlu diregangkan untuk mencegah rasa sakit di belakang dan leher adalah di sekitar bahu dan pinggang anda.

3. Diet Dengan Seimbang

Ada di antara para pemain yang mengabaikan gaya hidup sihat dan tidak menjaga pemakanan mereka kerana mereka ingin fokus bermain. Ini akan membawa kepada kemudaratan kepada diri sendiri . Berat badan yang ideal juga sedikit sebanyak membantu untuk mengurangkan sakit belakang anda dan mengurangkan tekanan pada tulang belakang. Oleh itu, anda perlu merujuk doktor yang lebih berpengalaman dalam bidang diet untuk mengetahui diet apa yang sesuai untuk anda. Anda juga perlu semak adakah cara pemakanan anda akan menyumbang kepada sakit belakang yang kronik atau tidak dan bagaimana cara untuk merawatnya.

4. Gunakan Pek Panas Dan Pek Ais

Penggunaan pek panas dan pek ais adalah rawatan yang efisien untuk merawat ketegangan dan kekejangan otot. Anda boleh mencuba untuk melakukannya setiap hari dalam tempoh masa 20 minit setiap sesi. Boleh juga bertukar ganti di antara pek panas dan pek ais secara bergilir-gilir untuk mengurangkan rasa sakit di kawasan yang terjejas.

5. Tidur Dalam Keadaan Yang Selesa

Dapatan kajian yang telah dijalankan juga telah menunjukkan bahawa 63% para gamer mengalami masalah kualiti tidur seperti kegelisahan dan kerap bertukar posisi.** Kedudukan tidur yang tidak selesa juga akan membuatkan masalah sakit belakang anda berpanjangan. Untuk pengetahuan anda, pemilihan tilam juga memainkan peranan penting untuk mengurangkan rasa sakit di bahagian belakang badan terutama sekali jika anda gemar bermain permainan video atau permua sambil berbaring di atas katil.

Pelbagai jenis dan jenama tilam yang ada di pasaran, tetapi jenama apa yang sesuai dan membantu anda untuk mengurangkan masalah sakit belakang? Jika anda sedang mencari tilam baru untuk membantu merawat sakit belakang, rangkaian tilam Vono SpinePro Plus adalah jawapannya. Ini kerana menurut Marco Righi, Presiden Rantau Asia Hilding Anders Group menyatakan tilam Vono mereka mampu memberikan sokongan belakang yang optimum dan membantu memberi keselesaaan kepada pengguna untuk duduk berjam-jam menggunakan peranti.

Terdapat dua jenis sistem spring yang diperbuat daripada besi karbon bermutu tinggi yang anda boleh pilih, iaitu 1200 Pocketed Intalok Springing System dan 800 Intalok Springing System. Tilam jenis ini dikatakan lebih fleksibel dan menyerap pergerakan dengan lebih baik kerana mempunyai dua kali ganda jumlah spring berbanding tilam biasa. Jadi jika anda bergerak ke kiri dan ke kanan sekalipun, pergerakan ini tidak mengganggu tidur orang di sebelah anda. Ia juga hadir dengan ciri Ultra Lumbar Support yang akan membantu anda untuk menyesuaikan permukaannya mengikut kontur badan yang sedang tidur. Jadi, memang sesuai untuk anda yang mengalami sakit belakang.

Siri Vono SpinePro Plus ini diilhamkan oleh rekaan Seigaiha Jepun yang melambangkan kuasa dan kekuatan. Menurut Vono, fabriknya menggunakan Anti-Static Knitted Fabric yang membolehkan anda mendapatkan tidur yang lebih nyenyak dan kurang beralih atau berpusing ketika tidur. Ini sekaligus membolehkan badan anda dapat berehat dengan lebih baik. Ciri ini juga boleh menghalang habuk daripada melekat di katil dimana ia juga membantu mengurangkan potensi berlakunya penyakit pernafasan. SilverGuard pula adalah jenis fabrik yang telah terbukti keberkesanannya secara klinikal untuk mengurangkan 99.9% patogen (bakteria, virus, pepijat) yang ada pada fabrik.

Bagi anda yang perlukan tilam ini untuk membantu merawat sakit belakang, siri Vono SpinePro Plus ini boleh didapati pada harga promosi sehingga 50% dimana harga untuk satu tilam ini boleh dimiliki pada harga bermula RM1259 sahaja. Bagi setiap pembelian ini, anda berpeluang untuk menerima sehingga 7 barangan percuma yang terdiri daripada Vono Mattress Protector, bantal Vono dan set pinggan Jepun edisi khas. Jadi, jangan tunggu lagi dan beli tilam Vono sekarang kerana promosi hanya berlangsung sehingga 31 Januari 2022 sahaja. Boleh layari laman rasmi Vono atau akaun Facebook rasmi mereka untuk maklumat lanjut.

Penafian : Advertorial daripada Vono Malaysia

*Data telah dikumpul daripada 43 orang para gamer yang telah mengambil bahagian dalam kajian Vono Gamer’s Wellbeing Feedback

**Sumber : https://academic.oup.com/sleep/article/41/12/zsy182/5096067

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd