Carian
Grab Akan Memfokuskan Pembangunan Peta Digital Tersendiri
December 8, 2021 Aman

Grab kini telah pun melakukan penyenaraian di NASDAQ, sekaligus membolehkan saham Grab dibeli orang awam. Selari dengannya juga, CEO Grab kini berkongsi salah satu perkara yang kini akan difokuskan oleh Grab dari segi teknologi.

Menurut Grab, pelaburan utama dari segi teknologi yang akan diberikan perhatian adalah pemetaan digital.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan lagi mereka mengoptimasikan perjalanan yang dilalui penghantar – selain menghubungkan pekedai dan pelanggan dengan lebih jitu.

Pada masa yang sama, Grab juga mengatakan akan memfokuskan kepada arena kewangan dan juga perbankan digital.

Komen