EZVIZ C8PF Ialah Kamera Keselamatan Dengan Kamera Dwi-Lensa Dan Kemampuan Zum 8x

Diterbitkan pada Dis 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

EZVIZ ialah syarikat pembuat sekuriti kamera mampu-milik untuk pemilik rumah ataupun pejabat kecil yang mudah dipasang dan digunakan. Terkini, mereka telah melancarkan kamera sekuriti terbaru mereka, iaitu EZVIZ C8PF.

Kamera sekuriti EZVIZ C8PF ini hadir dengan rekaan bulat berwarna putih, sama seperti kebanyakan penawaran mereka, dan ia dilengkapi dengan dua lensa, termasuklah satu lensa telefoto 12.8mm dan satu lensa sudut lebar 2.8mm yang boleh dizum sehingga 8x dan merakam video berkualiti tinggi untuk tujuan tontonan terus daripada aplikasi ataupun untuk tontonan kemudian.

Seperti kamera sekuriti mereka sebelum ini, ia hadir dengan fungsi rakaman mod gelap dan boleh merakam pergerakan individu pada jarak 30m. Dengan kamera C8PF ini, EZVIZ dilihat memperkenalkan sistem kecerdasan buatan baru yang membolehkan kamera ini mengenalpasti bentuk manusia yang boleh ditetapkan untuk menghantar notifikasi kepada aplikasi EZVIZ pengguna sekiranya kamera ini melihat sebarang pergerakan individu dalam jarak penglihatan.

Sama seperti beberapa kamera EZVIZ juga, ia hadir dengan mikrofon dan pembesar suara terbina yang membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan sesiapa yang berdiri di hadapan kamera ini.

Kamera C8PF ini juga merupakan sebuah kamera yang boleh dipasang di luar rumah. Rangkanya hadir dengan kemampuan kalis cuaca, dan boleh digunakan sepanjang tahun di luar rumah tanpa sebarang masalah daripada cuaca tempatan yang sentiasa panas dan hujan sepanjang tahun.

EZVIZ C8PF kini boleh dibeli melalui kedai atas talian mereka di Shopee dan Lazada pada harga RM449.

komen


© Amanz / 2022 Kami