Cari @ Amanz

Set realiti maya akan digantikan dengan pantas oleh set realiti terimbuh. Tetapi penggunaan set kepala ini realiti maya masih mempunyai tempatnya di pasaran. Sony telah memperlihatkan sebuah konsep set kepala realiti maya yang dilengkapi skrin dengan resolusi 8K.

Set dilengkapi dua skrin Mikro LED masing-masing dengan resolusi 4K. Dengan skrin resolusi tinggi, apa yang dilihat oleh pemakai akan kelihatan lebih realistik. Menurut Sony dengan integrasi data dari pelbagai sensor, sela masa pada paparan dapat dikurangkan. Sekaligus memberikan pengalaman seperti benar-benar berada di dalam dunia maya yang dilihat secara masa nyata.

Pada waktu ini set kepala realiti maya ini masih sekadar konsep dengan imej pengolokan menunjukkan ia digunakan untuk industri dan juga pelajaran. Ia besar kemungkinan tidak digunakan untuk PlayStation VR 2 kerana konsol PlayStation 5 tidak mempunyai kemampuan memaparkan kandungan realiti maya pada resolusi yang amat tinggi ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd