Twitter Menguji Cara Melaporkan Ciapan Dengan Pilihan Untuk Memberi Butiran Lebih Banyak

Diterbitkan pada Dis 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter, sama seperti platform media sosial yang lain sering juga hadir dengan pengguna-pengguna yang sering membuat ciapan yang tidak begitu elok untuk dibaca. Twitter secara lazimnya hadir dengan cara yang cukup mudah untuk melaporkan ciapan-ciapan ini, tetapi mereka nampaknya sedang cuba untuk memberi pengguna pilihan untuk memasukkan butiran tambahan mengenai laporan tersebut.

Twitter kini dilihat sedang menguji ciri melaporkan ciapan dengan pilihan-pilihan laporan baru untuk sejumlah kecil pengguna aplikasi tersebut di Amerika Syarikat. Selain daripada melaporkan ciapan khusus terhadap mereka yang mengeluarkan ciapan berbaur negatif kepada individu, pengguna juga dilihat akan boleh melaporkan ciapan yang menyerang sekumpulan pengguna ataupun semua pengguna di Twitter.

Selain daripada itu, pengguna juga boleh menambah butiran tentang ciapan tersebut dan bagaimana ia mengganggu sensitiviti pengguna-pengguna yang terlibat dalam ciapan tersebut. Perbezaan dengan sebelum ini ialah pengguna tidak akan ditanya polisi yang sedang dilanggar oleh ciapan itu, tetapi kesalahan apakah yang dilakukan oleh pengguna itu sendiri, yang sedikit sebanyak akan memberi pelapor ruang lebih besar untuk memberi butiran lebih tepat.

Twitter dijangka akan mengeluarkan ciri laporan ini kepada lebih ramai pengguna menjelang awal 2022 kelak, khususnya apabila platform tersebut kini dilihat sedang mengalami penambahan pengguna yang agak besar.\

Sumber: TechCrunch

komen


© Amanz / 2022 Kami