Realme Malaysia Melancarkan Mesin Layan Diri Yang Menjual Produk AIoT
Effi Saharudin
Mesin layan diri boleh digunakan untuk menjual makanan, minuman dan juga pakaian. Di Jepun, Mi Sob panas juga mampu dijual menggunakan mesin layan diri. Oleh itu tidaklah mengejutkan apabila Realme Malaysia kini juga mula menjual peralatan AIoT mereka menggunakan mesin layan diri.

Produk Realme seperti powerbank, tetikus komputer, Realme Watch, Realme Buds dan pelbagai lagi produk Realme yang mungkin diperlukan oleh pelajar. Ini adalah kerana mesin layan diri AIoT ini diletakkan di kampus SEGi Subang Jaya. Sepanjang tempoh promosi 8-14 Disember ini, mereka yang melakukan pembelian minima RM20 pada mesin layan diri menggunakan ShopeePay akan menerima pulangan wang RM2.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.