Oppo Bakal Memperkenalkan Kaca Mata Pintar Baharu Pada Minggu Hadapan

Diterbitkan pada Dis 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo sedia menjadualkan acara Oppo INNO Day 2021 pada minggu hadapan, iaitu pada 14 dan 15 Disember 2021. Pada hari berkenaan, Oppo dijangka memperlihatkan sejumlah inovasi baharu yang dibangunkan mereka, selain produk mercu baharu.

Melalui gambar acah baru, Oppo turut memperlihatkan mereka akan melancarkan sebuah kaca mata pintar baharu pada minggu hadapan.

Informasi penuh berkaitan dengannya masih tidak diketahui. Selain kaca mata pintar, Oppo juga bakal memperkenalkan telefon dengan kamera boleh-sentut pada minggu hadapan.

komen


© Amanz / 2022 Kami