Twitter Menguji Paparan Kandungan Tab “Explore” Baru Seumpama TikTok

Diterbitkan pada Dis 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, salah satu kaedah penemuan kandungan baharu yang popular dan selesa digunakan ramai adalah dengan menatal ke atas- – seperti ditawarkan melalui TikTok. Beberapa perkhidmatan sedia menawarkannya, dan kini Twitter turut mengintegrasikan ciri berkenaan.

Melalui ujian yang telah mula dilakukan di India, Twitter kini mengubah paparan tab “Explore” mereka kepada bentuk paparan penuh secara menegak, dan pengguna boleh menatal ke atas untuk penemuan kandungan baharu.

Langkah ini dilihat lebih interaktif, dan memudahkan lagi penemuan kandungan yang menarik dan diketengahkan kepada pengguna mengikut topik kegemaran mereka.

Buat masa ini, ujian ini terhad di India, dan tidak mustahil turut diperluaskan ke seluruh dunia.

komen


© Amanz / 2022 Kami