Huawei Malaysia kini mengacah kehadiran telefon pintar mercu terbaru mereka untuk pasaran tempatan, iaitu Huawei P50 Pro. Tarikh pelancarannya masih tidak diketahui lagi, tetapi memandangkan Huawei telah mula mengacahnya, kita mungkin melihat ia dilancarkan pada bulan ini atau awal 2022 kelak.
Huawei P50 Pro hadir dengan skrin 6.6-inci AMOLED dan resolusi QHD, kadar segar semula mencapai 120Hz, dijana cip Snapdragon 888 / Kirin 9000.
Ia turut hadir dengan penawaran memori sehingga 12GB RAM, bateri 4360mAh dengan pengecasaan pantas 66W. Pada bahagian kamera, ia menyertakan kamera utama 50MP, dan turut dilengkapi dengan sokongan seperti zum optikal 3.5x dan zum digital sehingga 100x.
Telefon pintar ini juga hadir dengan HarmonyOS, dan mungkin menjadi terawal di Malaysia yang dipasarkan bersama HarmonyOS secara terbina.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkenaan penawaran telefon pintar mercu Huawei terbaru ini di Malaysia tidak lama lagi.