Pengguna Berbelanja RM561 Bilion Pada Aplikasi Sepanjang 2021

Diterbitkan pada Dis 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sensor Tower hari ini telah mengeluarkan data tahunan mereka mengikut pemantauan kedai aplikasi, sekaligus memperlihatkan yang mana pengguna seluruh dunia telah berbelanja sebanyak RM561 bilion pada aplikasi sepanjang tahun 2021 ini.

Daripadanya, majoriti dilihat pada App Store, sebanyak RM359 bilion, dan diikuti pada Google Play Store sebanyak RM202 bilion. Transaksi pembelian di Google Play Store masih kekal rendah berbanding Apple App Store, namun, ia memperlihatkan peningkatan lebih tinggi berbanding tahun 2020 lepas.

Secara keseluruhan, pemasangan aplikasi kali pertama memperlihatkan pemasangan sebanyak 143.6 bilion aplikasi sepanjang 2021 ini.

Aplikasi yang paling popular dimuat-turun adalah TikTok, dan diikuti oleh Facebook, Instagram dan WhatsApp. TikTok sendiri dijangka menjana $2.3 bilion dari segi perbelanjaan dalam aplikasi pada 2021 ini.

Muat-Turun Amanz untuk iPhone
Muat-Turun Amanz untuk Android

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami