Apple Watch SE Generasi Baharu Dijangka Diperkenalkan Pada 2022

Diterbitkan pada Dis 8, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple sedia menawarkan peranti edisi “SE” yang menawarkan sejumlah ciri-ciri asas, pada harga yang sangat kompetitif. Selain iPhone SE, Apple turut mempunyai penawaran Apple Watch SE.

Mengikut penganalisa popular, Ming-Chi Kuo, Apple dijangka memperkenalkan Apple Watch SE generasi kedua pada 2022 kelak.

Buat masa ini, info penuh berkaitan dengannya tidak diketahui lagi. Kita mungkin melihat kemaskini pada rekaan, dan juga spesifikasi yang ditawarkan bersama-sama dengannya kelak.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan tahun hadapan untuk melihat kejutan melalui Apple Watch SE kelak. Selain Apple Watch SE, Apple turut dijangka memperkenalkan iPhone SE pada tahun 2022 kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2022 Kami