Microsoft telah mula menawarkan sistem operasi Windows 11 kepada orang ramai untuk dipasang pada komputer masing-masing. Selari dengannya, pelbagai aplikasi dan perisian turut menerima kemaskini baharu dari segi antaramuka – dan ia dilakukan secara berperingkat.
Melalui versi pembangunan Windows Insider terbaru, Microsoft dilihat sedang memfokuskan kepada aplikasi Notepad. Versi ujian terbaru juga turut menyertakan kemaskini drai segi antaramuka yang selari dengan rekaan Windows 11, disamping pada masa yang sama kini turut menyertakan pilihan mod tema gelap.
Ini akann memberikan lebih keselesaan kepada mata pengguna, selari dengan tetapan sistem Windows 11 masing-masing.
Buat masa ini, versi baharu ini diuji pada Windows Insider, dan dijangka akan ditawarkan kepada semua melalui kemaskini versi stabil akan datang.