Carian
Instagram Akan Kembalikan Pilihan Paparan Mengikut Kronologi Pada Awal 2022
December 9, 2021 Aman

Instagram ketika pengenalan menawarkan paparan latar masa perkongsian secara kronologi, memudahkan pengguna untuk melihat gambar yang dikongsikan rakan-rakan mengikut masa perkongsian. Apa pun, dengan perkembangan Instagram, ia mengubahnya, dan mula menggunakan algoritma.

Kini, Instagram mengatakan mereka akan membawa kembali pilihan paparan mengikut kronologi pada awal 2022 kelak.

Instagram

Dengan penawaran ini, pengguna mungkin boleh memilih paparan Instagram mereka mengikut kronologi atau mengikut algoritma – salah satu perkara yang sedia ditawarkan seperti pada Twitter.

Buat masa ini, info lanjut berkenaan perubahan ini masih tidak diketahui. Instagram berkongsi perkara ini ketika perbicaraan mengatakan aplikasi mereka yang terlalu membuatkan penggunan remaja ketagih – salah satunya disebabkan oleh algoritma mereka.

Komen