Vivo Y55s 5G Kini Rasmi Dengan Bateri 6000 mAh

Diterbitkan pada Dis 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo Y55s 5G kini dilancarkan secara rasmi setelah sebelum ini maklumat mengenai peranti tertiris secara tidak sengaja. Peranti dilengkapi skrin skrin 6.58″ IPS LCD FHD+, dijana cip MediaTek Dimensity 700, memori sebesar 8GB, storan 128GB dan bateri gergasi 6000 mAh yang menyokong pengecasan 18W menerusi port USB-C.

Spesifikasi kamera pula ialah 8+2 MP di belakang dan 8MP di hadapan. Lensa yang digunakan pula ialah sudut lebar dan mikro pada kamera utama. Dari segi sistem operasi pula, Y55s 5G menggunakan Android 11 dengan pelancar Origin OS 1.0. Seperti kebanyakan peranti Vivo di pasaran sekarang, pengguna boleh menambah 4GB RAM lagi secara maya sekiranya diperlukan dengan ia diambil dari ruang storan.

Pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa di sisi kanan peranti dan Vivo juga masih menyertakan sebuah bicu audio 3.5mm bagi yang memerlukannya. Di China Vivo Y55 5G ditawarkan pada harga RMB1699 dalam warna hitam, biru dan merah jambu.

komen


© Amanz / 2022 Kami