Apple iPhone 14 Akan Menggantikan Takuk Skrin Dengan Lubang Kamera

Diterbitkan pada Dis 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sejak iPhone X dilancarkan, kewujudan takuk Face ID yang besar menjadi bahan jenaka. Tetapi selepas habis ketawa ia kemudiannya menjadi ikutan pengeluar peranti Android seperti Huawei. Era iPhone bertakuk ini mungkin akan berakhir dengan iPhone 14 Pro yang dilancarkan tahun 2022.

Menurut laporan The Elec, Apple sudah mengambil keputusan untuk hanya menggunakan lubang kamera kecil pada bahagian hadapan iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max. Sensor Face ID akan diletakkan di bawah skrin. Penggunaan takuk dikekalkan pada iPhone 14 dan iPhone 14 Max. Apple diramalkan tidak akan lagi menawarkan model Mini tahun hadapan tetapi menawarkan skrin 6.7″ pada iPhone 14 Max yang sama saiznya dengan iPhone 14 Pro Max.

Dalam laporan yang sama, Samsung Display akan menjadi pembekal skrin iPhone nirtakuk kepada Apple sementara LG dan BOE pula dikekalkan sebagai pembekal skrin iPhone bertakuk.

komen


© Amanz / 2022 Kami