Apple Menaikkan Harga Aplikasi Sehingga 63% Di Turki

Diterbitkan pada Dis 9, 2021. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebelum ini harga jualan peranti Apple telah dinaikkan selepas nilai Lira Turki jatuh mendadak. Peningkatan harga sehingga 25% dilakukan menerusi gedung rasmi di negara tersebut setelah jualan digantung sementara selama beberapa hari. Kini harga aplikasi juga telah dinaikkan di Apple Store untuk pengguna di Turki.

Harga aplikasi kini bermula dari TL 16.99 (~RM5.23), peningkatan harga sebanyak 63% berbanding TL 10.99 (~RM 3.40) sebelum ini. Peningkatan harga juga akan mendatangkan kesan ke atas pembelian dalam aplikasi dan juga langganan.

Sumber Apple

komen


© Amanz / 2022 Kami